| AN Iman H |




ENTRY ABOUT LINKIES Ukhuwah +FOLLOW DASH
Iman's Plenty Words;

Assalamualaikum and hye. My name is Aida Nur Iman. People recently called me Aida / Iman / Aisya. I was born on 26th January 2001. Salam ukhuwah fillah. Islam is my true and forever religion.

Assalamualaikum ♡
Kita ini calon yang wajib jawab soalan Malaikat Mungkar dan Nakir masa dalam liang lahad nanti. Kena perfect jawapannya. Kalau tidak sakit kita dipukulnya. Perit sangat. Sebab itu kena transform diri kita mulai sekarang. Perbetulkan segalanya dari aurat hinggalah solat. Jom sama-sama istiqamah nak masuk jannah Allah. " Ya Allah, matikan aku dalam syahid. Aamiin. "
Let's da'ie
----!>

Credits;
Throwback * 16 Batu Rasanya *
Selamat Bercuti
Ilalliqa' 2013
Cara Kami Ber'Ukhuwah'
Syukkran, My Best Friend!
Maafkan Saya :'(
My Best Friend Forever and Ever. Uhibbuki, ya ukhti
Valentines Day
Bab 1: Part 1
Sinopsis Novel "Ukhuwah Fillah, Ya Ukhti"
Template :FarahDini
Basecodes :1 2 3
The Owner : Aida Nur Iman
Best Views :B T O B
Kerana Kita , Manusia Biasa
Assalamualaikum wa sahabal khair. Ada satu kisah yang nak dikongsikan. I'm just sharing. Benda ini buat orang bersemangat nak hafal Quran. Ada sebut surah yang murid Tahun 6 kena hafal. Bagi diri sendiri, rugi sebab tak faham maksud ayat.
----------------
Dulu saya dapat tawaran masuk MRSM.
Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya.
Dulu saya dapat 7A dalam PMR.
Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya.
Dulu saya dapat tawaran buat kursus medic kat Indonesia.
Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya.
Tapi bila saya buang semua keduniaan itu dan berikrar untuk berjuang menjadi kebanggaan Rasulullah, saya tolak semua tawaran universiti, saya bawa beg dan merantau ke seluruh dunia, saya berhenti di Afrika untuk bertalaqqi ilmu agama, dan balik ke Malaysia dengan kesan-kesan Sunnah Rasulullah di badan saya.
Semua orang mencemuh dan memandang rendah kepada saya.
"Ada ke patut budak lulusan MRSM masuk pondok? Dah la sijil tak diiktiraf, belajar jauh-jauh sampai Afrika pulak tu? Nanti nak makan apa? Bodohnya... Memalukan mak bapak, peluang besar jadi orang besar dilepaskan pulak..."
Kata mereka.
Tapi...
Pada suatu Subuh.
Saya pergi ke masjid bersama ibu saya di mana saya merupakan imam di masjid itu...
Saya bacakan surah Abasa.
Dan sebak ketika sampai ayat:
Yaumayafirrul mar'umin akhih...
Wa ummihi... wa Abih...
Selesai solat, semasa perjalanan pulang.
Ibu bertanya kenapa saya sebak ketika sampai di ayat itu?
Saya jelaskan.
Ayat itu menceritakan tentang huru hara mahsyar sehinggakan seorang insan itu akan lari daripada saudaranya.
Ibunya...
Ayahnya....
Isterinya...
Anak-anaknya...
Saya katakan.
Di dunia ini, bila kita jadi kaya, orang puji kononnya kita berjaya.
Bila kita korbankan dunia untuk agama, orang akan kata kita gila.
Sedangkan di mahsyar nanti, semua "kata-kata orang" tu langsung tak bernilai kerana ibu, bapa, anak, isteri, saudara yang di dunia ni sangat rapat dengan kita pun, kelak di mahsyar mereka akan saling melarikan diri daripada berjumpa kerana takut dituntut.
Maka saya sebak kerana saya risaukan apa keadaan saya di mahsyar kelak.
Pujian orang ramai selama berbelas-belas tahun tu langsung tak bagi manfaat pada saya.
Kejian selama bertahun-tahun kerana mengorbankan dunia demi agama juga langsung tak bagi manfaat pada saya.
Lalu kenapa manusia masih mengejar pujian orang ramai dan takut dengan celaan mereka?
Ibu sekali lagi memeluk saya, tersenyum sambil menangis dan berkata.
"Sejuk perut mama dapat anak macam bangcik."
Maka itulah kali pertama dalam hidupku saya berasa sangat gembira akan "pujian" ibuku.
Pelbagai pencapaian demi pencapaian yang saya dapat DULU, saya tidak pernah merasa gembira seperti ini walaupun dulu juga saya dipeluk cium ibu dan dipuji.
Wahai hamba Allah.
Apa sebenarnya yang kalian kejar?
Apa pula sebenarnya yang kejar kalian?
Mengapa kalian masih mengejar pujian sia-sia manusia.
Sedangkan malaikat maut pula tidak pernah lelah siang malam mengejar kalian?
Wahai pembaca madahku ini.
Apakah kalian sedar nafas kalian hanya berbaki beberapa lagi?
Sebelum lubang kubur kalian digali?
Apa yang aku dan kalian ada untuk Allah dan Rasul bangga?
Note: Apa guna ibu bapa dan orang kampung korang bangga sebab korang dapat 100A, masuk U bagus, dapat kerja bagus, dapat gaji besar dan lain-lain sedangkan di mahsyar kelak tak ada satu kejadah pun daripada benda tu semua yang Nabi nak banggakan dari korang?
Selama berbelas-belas tahun aku telah bazirkan masa aku untuk perkara sia-sia dan sibuk dengan sistem percaturan dajjal, dan aku tidak dapat apa-apa melainkan "pujian" ibu bapa dan masyarakat sahaja.
"Pujian" tu semua tak boleh aku makan, tak boleh tutup aurat aku, tak boleh hilangkan dahaga aku, tak boleh sembuhkan penyakit aku.
Ia semata-mata sesuatu yang langsung tak ada nilai sama ada di dunia atau akhirat.



Iman's Sweet Kalimah at 16:55 0 Advice(s)

◀ ▶