| AN Iman H |




ENTRY ABOUT LINKIES Ukhuwah +FOLLOW DASH
Iman's Plenty Words;

Assalamualaikum and hye. My name is Aida Nur Iman. People recently called me Aida / Iman / Aisya. I was born on 26th January 2001. Salam ukhuwah fillah. Islam is my true and forever religion.

Assalamualaikum ♡
Kita ini calon yang wajib jawab soalan Malaikat Mungkar dan Nakir masa dalam liang lahad nanti. Kena perfect jawapannya. Kalau tidak sakit kita dipukulnya. Perit sangat. Sebab itu kena transform diri kita mulai sekarang. Perbetulkan segalanya dari aurat hinggalah solat. Jom sama-sama istiqamah nak masuk jannah Allah. " Ya Allah, matikan aku dalam syahid. Aamiin. "
Let's da'ie
----!>

Credits;
Selamat Bercuti
Ilalliqa' 2013
Cara Kami Ber'Ukhuwah'
Syukkran, My Best Friend!
Maafkan Saya :'(
My Best Friend Forever and Ever. Uhibbuki, ya ukhti
Valentines Day
Bab 1: Part 1
Sinopsis Novel "Ukhuwah Fillah, Ya Ukhti"
Lagi Seminggu! | Lagi 32 Hari!
Template :FarahDini
Basecodes :1 2 3
The Owner : Aida Nur Iman
Best Views :B T O B
Throwback * 16 Batu Rasanya *

Assalamualaikum. Ini sesi throwback. Ya, throwback. Yalah, 2013 dah nak pergi. Tunggu giliran 2014. Kann? Sejujurnya, memang tidak boleh menipu diri sendiri. 2013 ini banyak kenangan. Mungkin sebelum ini tidak sedar langsung masa berlalu dengan cepat. Tanggal 26 Januari 2001, lebih kurang 12 tahun yang lalu. Saat itu Aida Nur Iman, ummi abah's first princess baru sahaja melihat dunia. 12 tahun berlalu, kini insan bernama Aida itu sudah hampir melangkah ke alam remaja. Alam sekolah menengah. Ya, banyak benda yang perlu difikirkan untuk 2014 ini. Okay, kholos. Stop bercerita panjang.

Throwback saat-saat akhir nak ambil UPSR.

Seminggu sebelum UPSR berjalan,
Kafa Integrasi Taming Jaya digemparkan dengan kehadiran seorang ustazah. Ya, ustazah. Ustazah muda yang menggantikan tempat seorang ustaz muda yang sporting. Sebenarnya ustaz itu juga telah menggantikan tempat seorang ustazah muda sebayanya. Sebenarnya ketiga-tiga guru ini bekas murid SAM Batu 10 Hulu Langat atau nama ' glamour ' nya SAMTEN.

Selepas tamat subjek Al-Quran, kami pakat-pakat buat kerja sendiri kerana menyangka guru baharu yang akan menggantikan Ustaz Hadi akan tiba lewat. Tiba-tiba ada rakan mencuit suruh diri ini memandang ke hadapan. Saat itu lidah ini memang kelu. Tidak tahu mahu kata apa. Excited sangat. Sebab, ada ustazah masuk. Ustazah yang berniqab. Allahu. Lawaaa sangat. Masa itu semua murid 6 Al-Imtiyaz terkejut. Yalah, ustazah niqabis pertama kami. Sebelum ini memang tiada ustazah berjilbab seperti ustazah ini.

Dan, semua pandang saya. Heheh. Perasan seketika. Macam tahu-tahu orang cepat melting tengok orang pakai niqab dan pakai tudung labuh. Ustazah itu tegas. Dia lihat bawah meja masing-masing either ada sampah atau tidak. Then masa belajar memang orang yang macam tidak gentar ( eceh ayat ) ialah kami berdua. Nazwa and I. Ustazah tanya, kami berdua jawab dengan cepat. Excited sangat naa xD 

Masa nak buat solat hajat untuk UPSR, PSRA dan UPKK masa itu, memang berebut dengan Nazwa nak duduk sebelah ustazah ( assif ustazah comell ). Akhirnya, bintu Herman yang dapat xD Siap dapat duduk sebelah Ustazah Nani lagi. Dear NN, jangan jeles.

And semenjak itu, ustaz ustazah memang selalu nampak muka kami. Ya, our group. Tapi bukan saja-saja. Sebab nanti kena halau xD Heheh. Sebab, ada kerja tambahan ustaz ustazah. Start situ juga, suka jadikan ustazah tempat nak tanya soalan Bahasa Arab sebab ustazah belajar di Universiti Al-Azhar, Mesir. Ustazah penguat semangat. Dann, orang suka sangat tudung ustazah. Muehehe. Kira rapatlah hubungan kami dengan ustazah. Assif ustazah sebab selalu sakat ustazah. Jangan kecil hati dan jangan merajuk macam mana ustazah merajuk dengan budak 4 Khusyuk itu ya?

Ustazah, terima kasih sebab ajar kami Imla'. Saya akan ingat pesan ustazah. Saya akan simpan buku dan syiling Mesir itu. Saya akan simpan biodata ustazah dan saya akan keep in touch dengan ustazah, Bi Iznillah. Terima kasih juga Ustazah Hajar, Ustaz Hadi dan ustazah masa Tahun 5 dahulu iaitu Ustazah Hidayah dan Ustazah Izni sebab ajar kami Imla' sampai pandai. Heheh. Saya akan ingat segala pesanan ustaz ustazah yang pernah ajar saya atau tidak. Rindu sekolah. Rindu pejabat. Rindu semua. Doakan kami, pelajar yang berdedikasi di sekolah ini. Cehh ayat. Apa pun, sayang semuaaa. 

Ustazah Laila : Ketua Guru dan guru Jawi.
Ustazah Sarma, Ustazah Salwa, Ustazah Zuraidah : Guru sesi pagi.
Ustazah Rosnani : Guru Akhlak dan guru kelas 6A.
Ustazah Shuhada : Guru tahap 1 dan guru kelas 4 Khusyuk.
Ustazah Hajar / Ustaz Hadi / Ustazah Atiah / Ustazah Hidayah / Ustazah Izni : Bekas guru Imla' dan guru kelas 5A.
Ustaz Yasir: Guru Tauhid / Feqah dan guru kelas 6B.
Ustaz Farizal : Guru Tajwid, Sirah dan guru kelas 4 Mutmainnah.
Ustaz Asman : Guru khat dan guru Tahap 1 , guru kelas 5B.
Ustaz Jadid : Guru Bahasa Arab dan guru kelas 3A.
Ustaz Nawawi : Guru Tahap 1 dan guru kelas Tahun 2.
Ustaz Azman : Guru Tahap 1 dan guru kelas 3B.
Ustazah Hani : Guru Bahasa Arab Tahap 1 dan guru kelas Tahun 1.

Sekian daripada saya,
Murid Kafai Taming Jaya batch 2001.
Aida Nur Iman.





Iman's Sweet Kalimah at 16:37 0 Advice(s)