| AN Iman H |




ENTRY ABOUT LINKIES Ukhuwah +FOLLOW DASH
Iman's Plenty Words;

Assalamualaikum and hye. My name is Aida Nur Iman. People recently called me Aida / Iman / Aisya. I was born on 26th January 2001. Salam ukhuwah fillah. Islam is my true and forever religion.

Assalamualaikum ♡
Kita ini calon yang wajib jawab soalan Malaikat Mungkar dan Nakir masa dalam liang lahad nanti. Kena perfect jawapannya. Kalau tidak sakit kita dipukulnya. Perit sangat. Sebab itu kena transform diri kita mulai sekarang. Perbetulkan segalanya dari aurat hinggalah solat. Jom sama-sama istiqamah nak masuk jannah Allah. " Ya Allah, matikan aku dalam syahid. Aamiin. "
Let's da'ie
----!>

Credits;
Sinopsis Novel "Ukhuwah Fillah, Ya Ukhti"
Lagi Seminggu! | Lagi 32 Hari!
Warkah Cinta :)
Tutorial tukar background blog.
Tahniah 5A UPSR 2012
12 Golongan di akhirat kelak
Semakan online keputusan UPSR 2012
Segmen: Follow sampai meletup
Freebies: Washed Denim Template Green+Yellow
Ain Maisarah Daliman
Template :FarahDini
Basecodes :1 2 3
The Owner : Aida Nur Iman
Best Views :B T O B
Bab 1: Part 1
  
Adia bangun dari tidurnya lalu membaca doa bangun tidur.                             
  “Alhamdulillah hi llazi ahyana ba’dama amatana wa ilaihin nusyur. Eh, sudah jam enam tiga puluh minit pagi. Baik aku lekas solat!” Kata Adia sambil berlari-lari anak menuju ke arah bilik air untuk mengambil wuduk.

“Assalamualaikum warahmatullah, assalamualaikum warahmatullah,” Selesai memberi salam, Adia terus melipat telekung dan sejadahnya lalu mengambil tuala comelnya yang berwarna hijau dan kuning lalu menuju ke bilik air untuk mandi. Selesai mandi, dia memakai abaya hijau yang baru dibeli oleh umminya semalam dan menyarungkan tudung labuh berwarna kuning dan segera turun ke meja makan untuk mengambil sarapan. Selepas ini, dia dan keluarganya akan ke Masjid Al-Hasanah, Bandar Baru Bangi untuk mendengar ceramah tentang sambutan Maal Hijrah yang berlangsung pada hari ini.

                                                                       
“Assalamualaikum, ummi. Assalamualaikum, abi,” sapa Adia kepada ummi dan abinya sambil kakinya melangkah menuju ke arah meja makan yang hanya tinggal beberapa langkah sahaja lagi.

    “Waalaikumussalam, kaklong.” Serentak Encik Irfan dan Puan Izzani membalas salam anak sulungnya itu.

    “Amboi, wanginya anak ummi ini. Hijau pula itu,” puji Puan Izzani kepada anaknya Adia. Adia tersipu-sipu malu mendengar kata-kata umminya itu. Encik Irfan hanya tersenyum melihat anak sulungnya tersipu-sipu begitu.

   “Hehehe, biasalah ummi. Hijaukan warna kegemaran kaklong,” terang Adia kepada umminya. Memang benar, hijau ialah warna kegemaran Adia. Lebih cantik dipadankan dengan warna kuning.

   “Yalah, ummi tahu. Saja mahu mengusik. Dah, pergi panggil kakngah dan adik. Suruh mereka lekas mandi. Tinggal kaklong sahaja yang masih belum sarapan,” Arah Puan Izzani.
   “Baiklah. Tetapi izinkan kaklong sarapan sedikit dulu ya!” Adia menurut perintah manakala umminya hanya mengangguk kepalanya sahaja.

                                                                       
   “Alhamdulillah, sampai juga akhirnya,” Adia memandang di sekeliling masjid itu. Adiknya, iaitu Alya Izni Fatimah dan Aimi Izni Nusaibah yang tadi sedang tidur kini terjaga. Masing-masing terpinga-pinga dengan airliur masih di pipi. Adia dan ibubapanya tersenyum lucu melihat aksi mereka berdua.


Iman's Sweet Kalimah at 23:37 0 Advice(s)