Syukkran, My Best Friend!
Selamat malam, tengah rajin nak update, rasanya sudah lama terbiar. Kalau update, GA sahaja yang muncul di dashboard anda. Assif Jiddan ya!
Baiklah, saya juga mahu buat sebegitu tetapi versi karangan pendek.

Nur Wardina Maisarah -Maisarah/Sarah/Dina-Kawan kita yang pertama masa kat tadika dulu, ingat lagi. Sarah yang first tegur kita sebelum Sabrina dengan yang lain :) Ingat lagi kawan-kawan masa tadika. Yang paling best masa PJ :)
Lepastu, kita jumpa balik di SKTSBI. Kita berdua terkejut kan? Tapi tak rapat sangat. Masa akhir tahun 2010, kta bergaduh disebabkan satu permainan. Kesian Athirah dengan Kak Hasanah xD . Akhirnya kita baik semula awal tahun 2011. Akmal, Taj, Firdaus, Udin memang cari nahas xD AKmal dengan Taj patut kelas 4 Al-Hadid tapi tersesat dalam 4 Al-Mu'min :)
Nanti, masa sekolah menengah kita tak sama kan? Tak apa, kalau kita balik dan mak kita nak beli Annuyrah boleh jumpa kan? Ajak Uzma sekali. :) Semoga kita dapat jumpa di universiti yang sama bila besar, sama macam mimpi Anis dulu, asalkan bukan dengan Izani xD

Nuranis Syazana -Anis/Zana-Kawan kita masa tahun empat dulu ^.^ Kita tak kenal masa 4.4.2011 dulu. Tapi kawan bila Sarah tegur Anis. Kita mungkin tak tahu banyak fasal Anis, tapi Anis dengan Nazwa pengganti Athirah dan Zaidatul. Ingat lagi masa naik bas tahun lepas, kita jadi pramugari kan? Tapi berpakaian sopan. Kalai Anis sekolah tahfiz, harap sama kan? Ada kawan. Kalau tak pun, buat study group aja. Itu kalau cuti :)

Nurul Nazwa -Nazwa/Nawa-Kawan kita dari tahun lepas, rapat juga tahun ini. Ok, Nazwa kadang-kadang suka sakat orang, tapi kita tak kisah. Antara group kita, Nawa paling untung. Sebab kalau ada prang minat dia macam2 dia dapat. Cincin, duit, berlian tiruan. Nasib baik dia tak terima permintaan couple mereka kan? Nawa nak sekolah Maahad, kita tahfiz. Tak dapat lah kan? Semoga tak gaduh lagi ya? xD

Hanis Nazera -Hanis/Muffin-Muffin! Kpoppers dan juga penggemar muffin. Kita bertiga sahaja yang tahu siapa mufffin Hanis. Tapi, suka lah tengok Fafa tu. Comel sangat! Nanti kalau ada masa bawa dia ek? Terima kasih kerana berkongsi cerita tentang muffin. :)

Nurul Najwa -Kak Najwa/Kak NN- Kakak angkat saya yang paling saya sayang. Akak, dulu kita tak rapat kan? Tapi sejak saya dengan kawan2 saya usik Imran, dah okey sedikit. Ingat lagi masa saya mula2 mengadu fasal 'orang itu'. Masa jualan tahun lepas, saya nak ucapkan terima kasih banyak-banyak pada akak. Kalau akak tak simpan satu, confirm melepas saya nak shopping dekat gerai akak. Tapi rugi sangat sebab tak dapat peluk akak masa akhir tahun. Akibat satu perkara kecemasan, sata tak dapat datang Anugerah Cemerlang itu. Rindu sangat dekat akak. Bila boleh jumpa ya? :'(

Hanessa Sofia -Kak Sofia-Kakak angkat yang saya sayang juga walaupun tak pernah bercakap. Cuma dari media sosial. Tahniah, kak. Tokoh Murid Perempuan 2012 SKTSBI. Bangga juga saya xD. Dah lama tak chat kan? SMS pun tidak. Hmm...rindu juga akak. Akak makin comel sama macam Kak Najwa . hehehehe...Terima kasih sebab sudi jadikan saya adik angkat :)

Ok, dulu kita pun tak rapat mana kan? Setakat berbincang fasal pelajaran. Kita mula bising bila Syakirah suruh kita bongkar rahsia. Ok, dulu dan kini berbeza xD Adik dia comel kan? Belum tengok lagi Irsyad. Lagi comel. Kita tak pernah tengok dia kat PASTI, InsyaAllah kita cuba awalkan trip to PASTI Al-Hafiz, Balakong Jaya xD. Berdasarkan entry Syakirah, it's my pleasure dear. Syakirah pun kumpul cerita juga. Lagi banyak. XD Jangan risau, segala ilmu yang kita dapat dengan si kunyit akan kita share dengan lalat xD. Sharing is caring right? Nanti kalau sekolah menengah Syakirah sama dengan 'orang itu', kumpul juga ya? Kalau ada masa kita online, bagitahu semuanya. Maklumlah, kita lain, dia lain.
Syakirah -Syakirah/Syada/Lalat/Kulat/KimJongKookMalaysia

Nurul Syafiqah -Nurul-

Adhani Athirah -Adhani-
Memang tak rapat, tapi kadang-kadang Adhani dengan Nurul sibuk interview adik-adik kita. Korang pun suka sakat dengan nama 'Aisya' , tapi kita tak pernah kisah. Sebab, memang tak ada kena mengena pun nama tu dengan kita xD

Aimielya Farisha Nasuha -Aimielya-
Ok, comel. Terima kasih sebab jual barang dekat kita xD Terima kasih juga lepak dengan kita kalau diorang tak datang xD

Zulaikha
Terima kasih sebab bersengkongkol dengan kita dalam menyakat si kunyit xD Haha, masih terikat dengan perjanjian kan?

Izzah Insyirah -Izzah/Gadis Marshmallow-
Izzah , thanks sebab tolong menyakat si Akmal Gegirl xD Haha. Dia sabar aja kan? Sian dia. Biar Sarah tolong dia sabar :P
Alif: Entah, apa aku nak cakap fasal kau eh? Kalau aku datang, yang kau tahu lari masuk toilet. Itu negatif. Nak yang positif, aku terus terang. Kau pandai, baik *kadang-kadang*. Tak boleh puji lebih, nanti difitnah orang :P
Danial: Kaki gossip :P Thanks jugak sebab kau sakat Akmal dan Maisarah. Haha, kau jangan memandai bongkar rahsia kau, kalau tak aku panggil kau dengan 2 nama itu -,-
Akmal: Hai, makmal xD Besar tak makmal itu? Warna apa? Haha, saja. Aku tak tahu nak puji apa fasal kau. 1 sahaja. Kau ni, penyabar orangnya xD Assabru minal iman, gegirl :P
Zin: Ketua Pengawas KAFA Taming yang paling kurang waras *BAK kata murid perempuan* VIRUS ZIN boleh merebak kalau kau tergelak-gelak dan mengganggu kami :P
Aiman Syafiq: Aku paling suka bab kau kena tampar. Siapa suruh kau ejek Maisarah? Kan dah kena.
Ramli, Haris: Ayat-ayat perli hangpa akan aku tahan, Najwa dan Irdina xD
Amarjot, Dhipan, Arun: Suka buat orang gelak dengan angan-angan kalian :)
Special for:
Athirah Hani dan Zaidatul Aliah, korang baik sangat dengan kita masa tahun 3 dulu. Athirah pandai buat lawak, orang yang tengah marah, sedih, gembira semua akan gelak bila dengar pujukan dia xD. Zaidatul teman yang paling setia. Ingat lagi buku dulu. Sekarang tak tahu di mana letaknya buku yang menyimpan memori kita berdua.
Ingatkan saya, masa PSRA minta ucapan, tandatangan dan no. telefon *bagi yang perempuan* semasa PSRA nanti ya!
◀ ▶