
|
Iman's Plenty Words;
![]() Let's da'ie
Credits;
Template :FarahDiniBasecodes :1 2 3 The Owner : Aida Nur Iman Best Views :B T O B |
Sinopsis Novel "Ukhuwah Fillah, Ya Ukhti"
![]() Sinopsis “Ukhuwah Fillah, Ya Ukhti” :
Salam
ukhuwah, nama saya Adia Izni Sumayyah Binti Irfan Muhammad. Boleh saya
ceritakan dengan lebih lanjut tentang diri saya? Abi saya bernama Irfan
Muhammad bin Rusdi Zainal. Ummi saya bernama Izzani Imanina binti Zahid Fiteri.
Saya berumur 12 tahun dan saya lahir pada 26 Mac 2001. Saya bersekolah di SK
Taman Sungai Besi Indah dan tinggal di Balakong, Selangor. Saya suka sangat
membaca, menulis, menulis khat, ber’blogging’ dan berkawan. Apabila sudah
besar, saya mahu menjadi seorang ustazah lulusan Bahasa Arab dan kalau boleh,
saya mahu menulis novel di masa senggang. Saya suka sangat berkawan sama ada di
sekolah, di kampung mahupun di alam siber. Saya mahu menjalinkan ukhuwah dan
silaturrahim sesama Islam. Pada tahun ini, saya akan meghadapi Ujian Penilaian
Sekolah Rendah (UPSR) dan juga Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA). Jadi,
saya dan rakan-rakan perjuangan yang sama akan berusaha sebaik mungkin untuk
membanggakan guru-guru dan ibubapa kami. Salam ukhuwah.
Adia Izni
Sumayyah, seorang gadis comel berusia 12 tahun. Beliau seorang yang mempunyai
perwatakan yang menarik, akhlak yang mulia, minda yang cerdas dan juga badan
yang cergas. Setiap pagi, dia selalu mengambil sekurang-kurangnya 7 biji kismis
supaya mindanya sentiasa cerdas dan otaknya tidak terlalu lemah. Dia juga
merupakan murid yang cemerlang di sekolahnya. Dia juga akan menduduki Ujian
Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA).
Guru-gurunya dan ibubapanya amat menaruh harapan yang besar agar Adia lulus
cemerlang dalam kedua-dua ujian tersebut.
Iman's Sweet Kalimah at 23:20 0 Advice(s)
|