| AN Iman H |




ENTRY ABOUT LINKIES Ukhuwah +FOLLOW DASH
Iman's Plenty Words;

Assalamualaikum and hye. My name is Aida Nur Iman. People recently called me Aida / Iman / Aisya. I was born on 26th January 2001. Salam ukhuwah fillah. Islam is my true and forever religion.

Assalamualaikum ♡
Kita ini calon yang wajib jawab soalan Malaikat Mungkar dan Nakir masa dalam liang lahad nanti. Kena perfect jawapannya. Kalau tidak sakit kita dipukulnya. Perit sangat. Sebab itu kena transform diri kita mulai sekarang. Perbetulkan segalanya dari aurat hinggalah solat. Jom sama-sama istiqamah nak masuk jannah Allah. " Ya Allah, matikan aku dalam syahid. Aamiin. "
Let's da'ie
----!>

Credits;
Kerana Kita , Manusia Biasa
Throwback * 16 Batu Rasanya *
Selamat Bercuti
Ilalliqa' 2013
Cara Kami Ber'Ukhuwah'
Syukkran, My Best Friend!
Maafkan Saya :'(
My Best Friend Forever and Ever. Uhibbuki, ya ukhti
Valentines Day
Bab 1: Part 1
Template :FarahDini
Basecodes :1 2 3
The Owner : Aida Nur Iman
Best Views :B T O B
Ahlan Wasahlan Madrasah Jadidah
Okay, next week sekolah dah mula. Dan saya pun akan masuk sekolah menengah. Bukan lagi sekolah rendah seperti 6 tahun lepas.

Sebenarnya susah nak lepaskan semua. Tapi kena lepaskan juga, nak buat macam mana kann? Berkaitan sekolah. Hmmm.... tidak kisah pun sekolah mana. Janji ada aliran agama. Yalah, benda itukan wajib tuntut. Tetapi InshaaAllah ( tidak boleh berjanji sangat ) 2 Januari SMKA Maahad Hamidiah, Kajang akan menerima murid baharu. Murid yang pernah bersekolah rendah di SK. Taman Sungai Besi Indah dan Kafai Taming Jaya. Assif SAM Batu 10 Hulu Langat a.k.a SAMTEN. Jauh lahh, terpaksa approve SMKAMH ja. Wahh, besar dah naa? Nak masuk form 1 dah.

Cepatnya masa berlalu. Usia meningkat, ajal makin dekat cuma tidak tahu bila Malaikat Izrail nak menjemput saya ke alam barzakh ini. Apa pun kita kenalah istiqamah dan banyakkan amal kann?
By the way, never regrets the moments once made you smile, because those are the ones you will remember forever.

----------------

SKTSBI dan KiTJ daa best! Tidak tipu. Murid dia, guru-guru dia, sekolah dia, memang daebak! Terbaik! 
Selama 6 tahun menimba ilmu di SK. Taman Sungai Besi Indah, memang banyak sangatttt pengalaman, kawan, kenangan. Serius best. Tidak terkira banyaknya experience yang orang dapat. Guru-guru dia semua sporting. Garang-garang pun, sporting tauu ^^ . Tapi masa dah masuk Tahun 6 inilah daa best year ever in SKTSBI. Heheh. Masa exams yang kami ambil. 

Best woaa masa nak ambil Ujian Percubaan 2 UPSR dan UPSR sebenar. New experience. Tidak boleh lupa time Ujian Percubaan 2 UPSR tu. Hehe. Benda dah lepas tapi memang itu buat orang akan ingat sampai bila-bila. 

Andd, lepas habis UPSR banyak sangat aktiviti. Semua best walaupun tidak menang. It's okay. Masa main Treasure Hunts untuk minggu Science best woaa. Sama best macam masa ambil exam itu. Jaga checkpoint kelima dengan Maisarah di prasekolah. Kena dera diorang buat Gwiyomi last itu. Kumpulan yang first sampai memang kena dera teruk sebab depa paling awal sedangkan yang lain di belakang. Sorry weii.

Masa nak ambil result UPSR. Pagi itu ada raptai Anugerah Cemerlang 2013. Duduklah di dataran itu. Sementara tunggu turn Tahun 6, lepak dengan besties di pondok itu. And masa nak ambil result memang berdebar. I think cikgu sebut ikut angka giliran. Bila sebut nama Amarjot dahulu, mati-mati ingatkan tidak dapat 5A. Akhirnya waktu pertengahan itu, Hamdalillah ♡ 

Esoknya Anugerah Cemerlang. This year tidak dapat banyak. Heheh. Apa pun, mabruk kawan-kawan yang lulus dalam UPSR, yang terima anugerah. Dan ada tokoh. Cuma this year untuk tokoh murid tiada perempuan. Lelaki sahaja berbanding tahun-tahun sebelum ini. Wa, alfu mabruk Alif Syawal as Tokoh Murid. Alfu mabruk Ramli Mahmud as Tokoh Kokurikulum. And alfu mabruk Syamina as Tokoh Harapan. Dan waktu itu memang sedih sebab dapat jumpa cikgu-cikgu untuk kali terakhir. Lepas ini entah ada rezeki atau tidak. InshaaAllah kita buat reunion nanti yaa?

----------------

Selama 4 tahun belajar di Kafai Taming Jaya, memang seronok sangat. Ustaz ustazah, kawan-kawan, junior dan senior dulu memang sporting.

Masa start masuk memang awkward sangattt. Yalah, budak baharu. Tapi disebabkan masa itu tidak gabung lagi dengan murid sesi pagi, semua murid dalam kelas 3 Al-Kausar murid sekolah SKTSBI kecuali Asis sebab dia itu tidak bersekolah waktu pagi.

Masa Tahun 4 gabung, baru nak start kenal semua. Tidaklah rapat mana. Cuna rapat dengan Geng Akmal sahaja. Start masuk Tahun 5, baru kenal diorang. Indahnya ukhuwah itu kann? Ya Allah, tidak sangka tempoh mengenal mereka yang belajar di sekolah selain SKTSBI hanya 2 tahun. Tapi macam dah kenal lamaaa sangat.

Nak dekat cuti itu, macam-macam kami buat. 
Antaranya:





Macam ' gila-gila ' kami semua waku itu.
Dah masuk Tahun 6, tidak serapat Tahun 5. Ada group sendiri. Kami still bertujuh. Aida Nazwa Syazana Sarah Aimielya Hanis Sakinah. Besties forever. Tahun 6 ini lagi banyak kerja ' gila ' kami buat. Heheh. Buat jerawat sendiri, sabotaj barang budak lelaki, ikat tangan sendiri. Heheh. Rindu semua itu. PSRA dan UPKK memang daa best. Last day memang daebak. Seronok tau jadi murid KiTJ ini. Ustaz ustazah kuat menyakat. Sehari tidak menyakat memang tidak sah. Andd kami pun suka sakat ustaz ustazah.

Ba'da PSRA Ustazah Laila ( ketua guru ) selalu minta tolong kami buat kerja tambahan. Walaupun banyak tetapi best woaa. Macam jadi guru pun ada. Muehehe. 

Masa bulan Jun, sekolah buat Teknik Menjawab Soalan PSRA. Ada qiamullail lagi. Super best lah. Tidur di sekolah. Best woaa. Ustaz yang bagi ceramah untuk teknik menjawab soalan pula sporting macam ustaz ustazah kami. Ada game lagi. Game Alif Ba Ta. Haha. Best sangat. Bila duduk depan sekali, selalu jadi mangsa nak buat contoh kalau ustaz tengah ceramah. Qiamullail buat semua rasa tahzan. Menyentuh kalbu. Tetapi memang sejujur-jujurnya, best sangat even tidak dapat peluang begini semasa Tahun 5 dahulu. Makanan ustaz ustazah taja. Muehehe.

Last day, macam relaks ja. Siap snappy satu round masjid. Lepak semualah. Happy go lucky. Tidak rasa tahzan nak berpisah pun. Tetapi waktu perhimpunan terakhir, selepas Ustaz Farizal bagi greenlight nak balik, semua saling berpelukan ( perempuan sahaja , lelaki relaks ) . Geng kami menangis. Siapa tidak menangis? Kami jarang boleh hangout. Kami sebenarnya tidak pernah pun hangout macam orang lain. Tetapi kami still happy dengan relationship yang kami bina sejak saling mengenali. Menangis sampai tiba di rumah, buka FB, chat boleh lagi nangis. Betapa teruknyalahhh. 

----------------

Kepada semua guru, ustaz dan ustazah yang selama ini mendidik kami sehingga berjaya, saya bagi pihak murid 6 Berlian dan 6 Imtiyaz nak ucapkan beribu-ribu terima kasih. Ketegasan dalam kelembutan cikgu mengajar kami, akhirnya kami berjaya dan lulus dalam exams yang kami tempuh. 

Doakan kami berjaya dunia akhirah. Aamiin. Maafkan segala kesalahan dan kenakalan kami. Untuk ustaz ustazah Kafai, minta maaf sebab kami selalu sakat ustaz ustazah. Lebih-lebih lagi Ustaz Asman, Ustaz Yasir dan Ustazah Atiah. Maafkan kami juga sebab selalu masuk pejabat. Bestlah duduk dalam tu. Kelas kami bising, pejabat tenang. Halalkan ilmu-ilmu yang cikgu semua curahkan sampai kami pandai. Saya rindu semua cikgu. Rindu sekolah sendiri. InshaaAllah, jika ada kelapangan kami confirm ziarah SKTSBI dan KITJ yang menjadi saksi pertemuan dan perpisahan kita. Saya sayangggg semua cikguuuu.

Untuk rakan-rakan yang perempuan, kita minta maaf sangat-sangat. Kita tahu kita banyak salah. Selalu cubit. Heheh. Selalu marah. Tapi kita marah sebab kita sayang korangg. Sayang sangat. Kalau kita benci korang kita tak akan nasihat korang. Tak akan marah. Rindu semua kenangan. Semua. Walaupun ada antara kita yang tak berapa rapat, tapi kita still anggap korang kawan baik. Kita tak mau bermusuh dengan rakan sesama jantina. Kalau kita macam arrogant dengan korang, maafkan ek? Mungkin tengah badmood masa itu. Doakan kita ya? Kita sama-sama mendoakan antara satu sama lain. Semoga korang berjaya dunia akhirat tauu. Belajar rajin-rajin jaga akhlak. Agama, aurat dan iman korang. Allah ada jaga kita :) Ada rezeki nanti kita jumpa. Halalkan segala persahabatan yang kita tempuh selama ini. Sayanggg korang. Rindu koranggg sangat-sangat. 

Untuk kawan-kawan yang lelaki, aku minta maaf tau. Aku tahu aku ini jenis yang suka marah lelaki. Marah-marah aku pun bersebab. Sebab korang ini kawan aku. Schoolmate aku, classmate aku. Aku mungkin selalu sakitkan hati korang dengan mulut aku yang laser ini. Maafkan aku ek? Nanti kita dah tak boleh nak gaduh. Aku rindu nak gaduh sebenarnya. Apa pun, belajar elok-elok. Jangan mencarut. Jaga agama , aurat, akhlak, iman. Semua jaga. InshaaAllah nanti Allah tolong dan jaga kita. Aku rindu nak sakat korang semua.

Nanti, kita buat reunion khas untuk batch 2001 untuk sekolah KiTJ dan SKTSBI. Special. InshaaAllah jika umur panjang. Saya akan rindu kelas 6 Berlian bawah bimbingan Cikgu Wan Salina serta guru-guru yang lain. Dan juga kelas 6 Al-Imtiyaz bawah bimbingan Ustazah Rosnani serta ustaz dan ustazah yang lain. 

Semoga ukhuwah kita fillah, abadan abada. Keep in touch selalu dan ingat tau pesanan Aida Nur Iman. Heheh. Kita sama-sama jihad fi sabilillah. Bi Iznillah. Aamiin. Semoga syahid milik kita kawann.

Sekian daripada saya,
Murid yang pernah bersekolah di SKTSBI dan KiTJ serta merindui kalian,
Aida Nur Iman :')



Iman's Sweet Kalimah at 07:09 0 Advice(s)