
|
Iman's Plenty Words;
![]() Let's da'ie
Credits;
Template :FarahDiniBasecodes :1 2 3 The Owner : Aida Nur Iman Best Views :B T O B |
KAWANKU MAISARAH, SAKINAH, NADIAH DAN ANIS
Nur Wardina Maisarah. Itulah nama sahabat pertamaku. Dialah kawan dikala susah dan senang. Pertemuan pertama kami adalah di sebuah tadika yang diberi nama Tadika Sri Flora. Pada awal persekolahan pertama saya iaitu pada tahun 2007, dialah orang pertama yang menegur saya. Dia juga memberi saya pinjam pemadamnya ketika saya memerlukan pemadam. Kami berkawan sehingga darjah tiga. Pada hujung tahun 2010, kami telah bergaduh. Puas kak Hasanah, senior tahun enam mengajak kami berbaik. Jadi, kawan baik saya ketika itu ialah Athirah, Irdina, Nabihah dan juga Nurin Afiqah. Maisarah pula berkawan dengan Sakinah. Tetapi, pada awal tahun 2011, saya dan Maisarah sudah bersahabat baik. Kami menjadi semakin akrab sehingga naik ke tahun lima.
Kami telah menjalinkan ikatan persahabatan dengan tiga orang sahabat yang lain iaitu Sakinah, Anis dan Nadiah. Athirah telah berpindah ke Gombak, jadi hubungan kami tidak lagi terlalu akrab. Maisarah dan Nadiah selalu memujuk saya ketika saya sedih. Maisarah juga selalu membantu saya ketika saya susah. Kami berlima merupakan rakan satu bas. Saya, Maisarah, Sakinah dan Anis berada di dalam satu kelas yang sama iaitu kelas 5 Berlian manakala Nadiah berada di dalam kelas 5 Emas. Di sekolah agama pula, saya, Nadiah dan Sakinah belajar di dalam kelas 5 Al-Adil manakala Maisarah dan Anis belajar di dalam kelas 5 At-Tawakal.
Pada tahun hadapan, kami berlima akan menghadapi UPSR. Hanya nasib yang bakal menentukan keputusan UPSR kami. Kami berlima tidak mahu berpisah kerana ikatan persahabatan ini terlalu lama terjalin. Kami bagaikan aur dengan tebing. Bagaikan lima orang kembar. Kami juga berdoa, jika terpisah pun, kami akan sentiasa saling berhubung. SAHABAT BAIKKU...
Iman's Sweet Kalimah at 20:12 2 Advice(s)
|